About Me

Penganggur maut kemalangan di Paka



DUNGUN – Seorang penganggur maut selepas motosikal jenis Demak ZR110 yang dinaikinya dirempuh sebuah kereta Proton Saga di Kilometer 99, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran sebuah stesen minyak di Paka di sini hari ini.


Dalam kejadian pada pukul 10.50 pagi itu, mangsa, Amran Sembok, 56, yang berasal dari Kampung Medan Pungguk, Paka dekat sini meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.


Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, pemandu kereta Proton Saga yang berusia 27 tahun pula mengalami kecederaan pada bahagian muka.


“Sewaktu kejadian, pemandu kereta Proton Saga yang dipandu lelaki berasal dari Kuala Besut tersebut dalam perjalanan ke Kuantan, Pahang.


“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Demak ZR110 yang dinaiki mangsa dikatakan tiba-tiba menukar haluan dari kiri ke kanan jalan menyebabkan kereta Proton Saga terbabit gagal mengelaknya.


“Rempuhan itu kemudiannya menyebabkan mangsa terjatuh ke atas jalan,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.


Baharudin berkata, mayat Amran telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!