About Me

Penduduk bengang, kereta 'misteri' depan pagar



Manjung: Orang ramai yang hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Merdeka diingatkan tidak meletakkan kenderaan di hadapan rumah penduduk di Fasa 1E, di sini.


Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Syamsul Hazeman Md Salleh berkata, mereka dinasihatkan menggunakan kawasan parkir di Stadium MPM yang dijadikan sebagai lokasi khas meletakkan kenderaan.


Menurutnya, walaupun operasi PPV bukan di bawah kuasa MPM namun pihaknya peka dan menugaskan anggota penguat kuasa MPM melakukan pemantauan berkala.


"Kita ada terima aduan mengenai masalah kenderaan diletakkan di hadapan rumah penduduk. Kami sudah menugaskan dua anggota MPM selain Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan polis bagi mengatasinya.


"Malangnya ramai yang tidak mahu meletak kenderaan di Stadium MPM atas alasan lokasinya agak jauh untuk berjalan kaki," katanya tadi.


Syamsul Hazeman berkata, pihaknya berharap kerjasama orang ramai supaya perkara itu tidak menimbulkan rasa kurang senang penduduk setempat.


"Paling penting orang awam juga perlu ada kesedaran sivik, jangan meletak kenderaan di hadapan pagar rumah orang," katanya.


Sementara itu, penduduk Fasa 1E, Salwa Saadin, 33, berkata, dia tidak terlalu berkira jika penerima vaksin mahu menumpang meletakkan kenderaan mereka di tepi kawasan rumahnya.


"Tetapi janganlah sampai letak di hadapan pagar rumah dan menyukarkan kami untuk keluar," katanya.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!