About Me

Pencuri besi dimalukan dengan nyanyian lagu hari jadi



JAKARTA – Seorang lelaki yang ditangkap kerana mencuri besi telah ‘dimalukan’ dengan cara diarak mengelilingi sebuah kampung di Indonesia sambil penduduk setempat menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Jadi’ kepadanya, lapor laman Suara.com.


Menerusi rakaman video yang tular di laman sosial Instagram @meridink itu, lelaki tersebut menerima ‘hukuman’ itu kerana mencuri pagar besi.


Selepas dia ditangkap, penduduk kampung enggan menghukumnya menggunakan kekerasan, sebaliknya mereka mengambil pendekatan untuk ‘memalukan’ si pencuri dengan nyanyian lagu ‘Selamat Hari Jadi’ dengan kuat sambil berarak di sekeliling kampung.


“Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to you,” demikian jeritan orang kampung kepada lelaki tersebut.


Lokasi kejadian bagaimanapun tidak diketahui. Namun, video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menganggap ‘hukuman’ yang dikenakan sangat unik.


“Beginilah cara yang betul, bukannya pencuri itu dipukul. Bagus, saya suka caranya,” demikian tulis seorang netizen.


“Malunya itu nanti sehingga kiamat,” tulis seorang netizen lain.


Video tersebut telah ditonton hampir 300,000 kali dengan lebih 900 komen.


- Kosmo 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!