About Me

Pemuda maut kemalangan, motosikal bertembung kereta Honda City



HULU TERENGGANU – Seorang pemuda maut selepas motosikal Yamaha Y125ZR yang dinaikinya bertembung dengan sebuah kereta Honda City di KM 2, Jalan Gaung – Kuala Ping – Teris berhampiran Kampung Telaga di sini malam tadi.


Dalam kejadian pada pukul 8.45 malam itu, mangsa, Muhamad Mustaqim Ahmad, 28, yang tidak bekerja meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.


Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, sewaktu kejadian, kereta Honda City dipandu oleh seorang peniaga berusia 30 tahun sedang menghala ke Kampung Gaung dari arah Kuala Ping.


“Motosikal yang ditunggangi mangsa dari arah bertentangan pula dikatakan tiba-tiba mahu memasuki laluan kereta Honda City itu.


“Lelaki yang memandu kereta itu telah terkejut sebelum berlakunya perlanggaran,” katanya di sini hari ini.


Mohd. Adli berkata, mayat Muhamad Mustaqim telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu di sini untuk dibedah siasat.


Tambau beliau, pemandu kereta Honda City pula tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes masih disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!