About Me

Pemandu mabuk rempuh pagar rumah, palang automatik



Sungai Petani: Angkara mabuk, seorang lelaki 'sesat' mencari jalan pulang dan masuk ke kawasan perumahan lain sebelum merempuh pagar serta pokok di sebuah rumah penghuni di Bandar Puteri Jaya, dekat sini, semalam.


Dalam kejadian jam 7.50 pagi itu, lelaki berkenaan yang memandu Mercedes hitam turut merempuh palang automatik di pintu masuk ketika dia diarahkan keluar pengawal keselamatan yang bertugas ketika itu.


Lelaki terbabit ditahan jam 9 malam tadi selepas pengawal keselamatan berusia 53 tahun berkenaan membuat laporan polis.


Difahamkan, sebelum itu, lelaki terbabit turut melanggar sebuah kereta di luar pintu masuk dan dia sebenarnya dikatakan tersilap rumah serta mula hilang arah kerana terlalu mabuk.


Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, siasatan mendapati suspek pada mulanya masuk ke kawasan perumahan berkenaan ketika pengawal keselamatan sedang mendaftar masuk kereta penduduk di perumahan terbabit.


Menurutnya, suspek yang berusia 27 tahun itu kemudian mengambil kesempatan dengan terus melulu masuk ke kawasan perumahan terbabit sebelum dia merempuh pagar serta pokok di sebuah rumah penduduk terbabit.


"Suspek dilihat memandu tanpa arah dan hala tuju ketika berada dalam kawasan perumahan terbabit dan pengawal keselamatan berjaya menjejakinya dan meminta dia mematikan enjin.


"Bagaimanapun, suspek berdegil dan terus memandu untuk keluar dari kawasan perumahan itu namun dia melanggar palang automatik di pintu masuk pos pengawal keselamatan ketika mahu melarikan diri," katanya.


Menurutnya, pengawal keselamatan terbabit kemudian membuat laporan polis dan mendakwa pemandu Mercedes berkenaan berada dalam keadaan mabuk serta memandu tanpa arah.


"Suspek ditahan dan pemeriksaan lanjut mendapati dia turut mempunyai dua rekod lampau bersabit kes jenayah dengan satu daripadanya sudah dikenakan hukuman.


"Setakat ini, kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!