About Me

Pemandu kereta Honda Accord diminta tampil buat laporan



Kuala Lumpur: Polis meminta pemandu kereta Honda Accord yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di hadapan Institut Jantung Negara (IJN) sehingga tular di Twitter, tampil membuat laporan polis.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pada 7.36 malam Isnin lalu, tular satu video dimuat naik pemilik akaun Twitter Fara@Sky Pastries berkaitan kemalangan itu apabila pemandu kereta terbabit dikatakan melarikan diri selepas kemalangan.


Beliau berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku pada 12.30 tengah malam apabila penunggang motosikal iaitu lelaki berusia 19 tahun itu hilang kawalan dan terbabas sendiri serta melanggar pembahagi jalan di tempat kejadian.


"Akibat pelanggaran itu motosikal mangsa tercampak ke lorong kanan jalan lebih kurang 50 meter daripadanya.


"Kemudian, datang kereta Honda Accord warna kelabu terlanggar motosikal mangsa yang berada di lorong kanan jalan," katanya dalam kenyataan, malam ini.


Sarifudin berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.


Beliau berkata, pemandu kereta terbabit belum membuat laporan polis dan dia digesa supaya tampil berbuat demikian.


Katanya, orang ramai yang mempunyai pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau balai polis berhampiran.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!