About Me

Pemaju mohon maaf rumah lewat siap



CYBERJAYA – Kemajuan kerja keseluruhan pembinaan Pangsapuri Aspire Residence Fasa 1 membabitkan tiga blok kini mencapai 65 peratus kemajuan sehingga 30 September lalu dan bakinya dijangka siap pada suku pertama 2023.


Pemaju pangsapuri berkenaan, Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) berkata, pihaknya memohon maaf di atas kelewatan dalam menyiapkan projek tersebut dan menyebabkan kesulitan kepada pembeli pembeli rumah.


Menurutnya, usaha sedang giat dilakukan bagi menyiapkan baki 35 peratus kerja- kerja pembinaan di tapak sehingga Siji Pematuhan dan Kesiapan atau Certificate of Completion and Compliance (CCC) diperolehi yang dijangkakan pada sukuan pertama tahun 2023 bagi Fasa 1 (Blok 1, Blok 2 dan Blok 3).


“Untuk rekod, sehingga 30hb September 2021, kemajuan kerja keseluruhan bagi projek ini adalah 65 peratus.


Kami amat memahami tentang keluhan daripada pembeli-pembeli memandangkan projek ini pada awalnya dijadualkan akan siap dan penyerahan milikan kosong dianggarkan pada Ogos 2020,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Katanya, disebabkan cabaran semasa ekoran daripada penularan pandemik Covid-19 yang melanda serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan, ia memberi kesan terhadap kemajuan kerja bagi pembangunan Aspire Residence.


“Lanjutan itu, pihak SPNB telah mendapat pengecualian tempoh PKP bagi pemajuan ini yang terjejas kerana penularan wabak Covid-19.


“SPNB dari semasa ke semasa akan berhubung dengan para pembeli Aspire Residence bagi memaklumkan status terkini projek menerusi laman web, media sosial, emel dan telefon melalui pusat panggilan SPNB,” katanya.


Maklumat terkini mengenai Aspire Residence boleh didapati melalui laman web http://www.spnb.com.my, media sosial SPNB serta di talian 03-7849 2000/03-2726 2470 (dari 8.30 pagi-6 petang hari bekerja) atau emel ke aduan@spnb.com.my. 


– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!