About Me

Memandu di bawah pengaruh alkohol, 4 lelaki ditahan



PETALING JAYA – Tindakan empat lelaki memandu dalam keadaan mabuk mengundang padah selepas kesemua mereka ditahan menerusi Ops Alkohol dan Cegah Jenayah di Lebuh Raya Sprint serta Jalan Utara semalam.


Operasi bermula pada pukul 11 malam itu telah dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun.


“Kita telah menahan empat lelaki selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan.


“Kesemua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 45 (A) 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had dibenarkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.


Dalam pada itu, beliau turut memberitahu, sebanyak 13 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik menerusi Ops Alkohol dan Cegah Jenayah di sekitar daerah Petaling Jaya.


“Operasi ini akan dilaksanakan secara berterusan bagi membendung salah laku pengguna jalan raya terutamanya yang memandu atau menunggang di bawah pengaruh alkohol,” ujarnya. 


– K! ONLINE.

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!