About Me

Mayat lelaki lemas ditemukan celah batu



TAMBUN: Mayat seorang lelaki dipercayai hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Tonggang, Tanjung Rambutan sejak Rabu ditemukan tersangkut di celah batu di sini pada Khamis.


Mangsa dianggarkan berusia 20 tahun ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira jam 10 pagi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd Azman Husin berkata, sepasukan lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada jam 8.17 pagi.


Menurutnya, anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melakukan pencarian kira-kira sejauh 2.5 kilometer dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh.


"Pencarian dilakukan di permukaan, kawasan lubuk dan tebing-tebing sekitar sungai.


"Mangsa kemudian dijumpai tersangkut di batu kira-kira 500 meter dari tempat dia dilaporkan terjatuh," katanya di sini.


Mohd Azman berkata, mayat mangsa dibawa naik ke tebing untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.


Artikel asal di Sinar Harian

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!