About Me

Mayat lelaki jatuh Jambatan Pulau Pinang ditemui



GEORGE TOWN – Lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh di Jambatan Pulau Pinang di Kilometer (KM) 6.8 arah pulau petang semalam ditemui mati hari ini.


Mayat lelaki berusia 33 tahun itu dijumpai kira-kira pukul 11.20 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan perairan berdekatan Jelutong di sini.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Saadon Mokhtar berkata, mayat mangsa ditemui oleh anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) sebelum dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban di sini.


“Mayat diserah kepada polis dan wakil Kementerian Kesihatan pada pukul 12.26 tengah hari.


“Pihak polis telah mengesahkan mangsa adalah individu sama dengan orang yang dilaporkan terjun dari jambatan Pulau Pinang semalam,” katanya ketika dihubungi.


Terdahulu, seorang lelaki dilaporkan meninggalkan sebuah kereta jenis Proton Waja di bahu jalan di KM 6.8 Jambatan Pulau Pinang arah pulau sebelum terjun ke dalam laut kira-kira pukul 5.40 petang semalam.


Dalam perkembangan berbeza, Saadon berkata, usaha mencari seorang lelaki berusia 20 tahun yang terjun ke dalam laut di KM 12.6 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah kira-kira pukul 2.40 pagi Selasa lalu masih diteruskan. 


– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!