About Me

Mayat Hasmudin ditemui



KLANG – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas menghantar pelanggan memancing di Pulau Ketam ditemui dipercayai lemas di sekitar perairan Selat Che Mat Zin, di sini semalam.


Mayat Hasmudin Anak Omar, 24, ditemui orang awam kira-kira pukul 2.40 petang.


Pengarah Maritim Malaysia (APMM) Selangor, Kepten Maritim Mohd. Rosli Kassim berkata, sejurus menerima maklumat berkenaan agensi sahabat Pasukan Polis Marin (PPM) ke lokasi dan menemui satu mayat lelaki dalam keadaan terapung.


Katanya, mayat kemudiannya dibawa ke jeti PPM bagi proses pengecaman oleh ahli keluarga.


“Pengecaman awal oleh keluarga mangsa mempercayai mayat itu adalah Hasmudin yang hilang selepas terjatuh laut, kelmarin.


“Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini bagi tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Jelas beliau, Operasi Carilamat ditamatkan pukul 5.15 petang semalam dan Pos Hadapan Carilamat di jeti PPM, Selangor juga telah dibubarkan.


“Maritim Malaysia selaku agensi yang mengkordinasi operasi Carilamat di laut merakamkan penghargaan kepada semua agensi dan komuniti nelayan tempatan yang terlibat dalam operasi kali ini,” katanya.


Kosmo! semalam melaporkan seorang lelaki dilaporkan hilang selepas dikhuatiri terjatuh ke dalam laut semasa perjalanan pulang ke Pulau Carey selepas menghantar pelanggan memancing di Pulau Ketam.


Bot mangsa telah dijumpai berpusing-pusing di tengah laut tanpa penumpang. 


-K!ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!