About Me

Mangsa tong gas meletup masih di ICU



GEORGE TOWN – Mangsa kejadian tong gas meletup di apartment Sri Saujana, Teluk Kumbar di sini minggu lalu selesai menjalani dua pembedahan pada paha kanan dan kedua-dua belah tangannya semalam.


Mangsa, Mahari Md. Noor, 47, kini masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.


Dalam tragedi yang berlaku Selasa minggu lalu, seorang anak mangsa, Nurul Atiqah Mahari, 14, turut mengalami kecederaan pada tangan, kaki serta sebahagian rambutnya terbakar.


Bagaimanapun, remaja tersebut juga masih ditempatkan di wad HPP dan masih berada di bawah pemantauan pakar.


Isteri Mahari, Rosilawati Abdul Rahim, 44, ketika dihubungi malam tadi berkata, dia dimaklumkan mengenai keadaan terkini dua beranak itu menerusi panggilan telefon.


“Alhamdulillah…mereka dua beranak sudah beransur pulih. Suami saya sudah menjalani dua pembedahan menampal kulit pada luka melecur.


“Saya berharap semoga ada keajaiban buat mereka berdua dan pulang ke rumah dalam tempoh terdekat ini. Luka melecur pada tangan dan kaki Nur Atiqah juga dilihat semakin kering,” katanya di sini hari ini.


- K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!