About Me

Lima kakitangan hospital ditahan rasuah pengurusan jenazah



SHAH ALAM – Lima kakitangan sebuah hospital di negeri ini ditahan hari ini selepas disyaki terlibat dalam rasuah pengurusan jenazah selama dua tahun bermula 2019.


Penahanan kesemua suspek berusia 34 hingga 44 tahun dilakukan pukul 3 petang tadi di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.


Menurut sumber, berdasarkan siasatan awal mendapati kelima-lima suspek disyaki telah meminta wang suapan keseluruhan lebih RM20,000 daripada seorang ejen.


“Ini sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah di hospital tempat suspek bekerja.


“Kegiatan tersebut dipercayai dilakukan sejak 2019 hingga 2021,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Difahamkan, rasuah pengurusan jenazah itu turut melibatkan mereka yang meninggal dunia akibat Covid-19.


Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan tersebut dengan permohonan reman akan dilakukan di Mahkamah Majistret Shah Alam, esok.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009,” jelasnya. 


– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!