About Me

Lelaki mengamuk cederakan jiran, rosakkan harta benda ditahan



ALOR SETAR – Seorang lelaki ditahan selepas disyaki mencederakan jirannya serta melakukan perbuatan khianat dalam kejadian di kawasan perumahan Bee Bee Park di sini semalam.


Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, suspek berusia 52 tahun itu ditahan kira-kira pukul 7.50 malam selepas mangsa yang berusia 46 tahun membuat laporan polis.


Kata beliau, suspek didakwa mencederakan mangsa dan memecahkan cermin kereta serta perkakas perniagaan seperti rak cermin dan peti ais tiga pintu milik mangsa.


“Sebiji batu berwarna kelabu serta sebatang besi berwarna coklat sepanjang 75 sentimeter yang disyaki digunakan suspek turut dirampas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Menurutnya, suspek direman selama empat hari bermula hari ini dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan melakukan khianat.


“Kes masih dalam siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan pegawai penyiasat di talian 011-3602 6614,” tambahnya. 


– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!