About Me

Lelaki maut kereta rempuh pembahagi jalan



KAJANG – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh batu pembahagi jalan dalam satu kemalangan di Jalan Saujana Impian di sini awal pagi tadi.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.15 pagi sewaktu mangsa C. Ganapathi, 24, sedang memandu seorang diri dari rumah rakannnya di Sungai Long.


“Mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Myvi sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Kajang Perdana dan ketika sedang melalui lokasi kejadian, kereta dipandunya dipercayai telah hilang kawalan.


“Susulan itu, kereta dipandu mangsa telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan di bahagian kanan jalan raya lalu terbalik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut Azman, akibat kejadian itu, mangsa yang tidak bekerja telah mengalami kecederaan parah pada kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang tiba tidak lama kemudian.


“Pemeriksaan lanjut yang dilakukan tidak menolak kemungkinan pemandu itu berada dibawah pengaruh alkohol berdasarkan terdapat bau minuman keras namun sampel darah akan diambil untuk dianalisis.


“Mayat telah dibawa ke Unit Forensik Serdang untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujar beliau.


Tambah beliau, orang ramai dinasihatkan agar tidak memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol kerana perbuatan itu membahayakan keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain. 


– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!