About Me

Lelaki ditemukan mati dalam kereta



Georgetown: Lelaki ditemukan tidak bernyawa dalam keretanya di aras satu parkir sebuah pasar raya di Jelutong di sini, semalam.


Lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi.


Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak A'azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan pada 7.34 malam.


Menurutnya, tiba di lokasi didapati mangsa berada dalam kereta Toyota Camry dan tidak sedarkan diri.


"Anggota bomba terpaksa membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Menurut A'azelan lagi, kes itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk tindakan selanjutnya.


"Orang ramai diminta supaya menghentikan khabar angin mengenai kejadian dan menyerahkan kepada polis untuk siasatan lanjut," katanya.


Terdahulu, tular mengenai kejadian berkenaan yang mendakwa mangsa ditemukan di tempat duduk pemandu dengan terdapat kesan kelar di lehernya.


Sebilah pisau juga didakwa ditemukan di tangan mangsa.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!