About Me

Lelaki 71 tahun antara 76 penagih dadah ditahan



KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki warga emas yang berusia 71 tahun ditahan kerana disyaki penagih dadah dalam Operasi Jihad Dadah 2.0.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu, Superintendan Tium Ming Kung berkata, suspek merupakan antara 76 suspek disyaki penagih dadah yang ditahan dalam operasi dua hari berakhir semalam.


Beliau berkata, siasatan awal mendapati lelaki warga emas itu merupakan penagih tegar yang memiliki enam rekod kesalahan lampau melibatkan penyalahgunaan dadah.


“Operasi besar-besaran untuk membanteras aktiviti penagihan dadah di Terengganu tersebut memberi tumpuan kepada 21 kawasan hitam di seluruh negeri ini.


“Hasil operasi berjaya merampas 54.13 gram dadah jenis syabu, heroin (22 gram), pil Yaba (32.61 gram) dan daun ketum (150 gram) berjaya dirampas,” katanya di sini hari ini.


Ming Kung berkata, selain lelaki warga emas berusia 71 tahun itu, 51 suspek lain turut memiliki antara satu hingga sembilan rekod penyalahgunaan dadah, 10 hingga 20 rekod (enam orang) manakala 18 orang pula dipercayai penagih baharu.


Tambah beliau, kebanyakan suspek berusia dalam lingkungan 20 hingga 59 tahun selain dua yang merupakan remaja bawah umur.


“Seramai 38 suspek bekerja sebagai buruh, penganggur (26 orang) manakala nelayan dan mekanik masing-masing enam orang,” katanya.


 – K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!