About Me

Kebumi jenazah nenek ubah diri Uzair



Georgetown: Bukan upah atau bayaran diharapkan, niat Uzair Fauzi menjadi penggali kubur adalah untuk menimba pengalaman, membantu masyarakat dan paling utama mengumpul saham akhirat.


Walaupun takut melakukan pekerjaan itu pada mulanya tetapi pengalaman membantu Uzair, 27, menyesuaikan diri dengan persekitaran di tanah perkuburan.


Anak kedua daripada lima beradik itu berkata, dia tidak berseorangan sebaliknya melakukan kerja menggali kubur dengan bapanya, Fauzi Anuar, 48; abang, Fadzlan, 29, dan dua adiknya iaitu Aidil, 22, serta Izzat, 20.


Berceria lanjut, Uzair yang menetap di Kampung Pisang, Air Itam di sini berkata, kerja sebagai penggali kubur hanya tugas sambilannya kerana dia ada pekerjaan tetap sebagai pembantu operasi di sebuah syarikat kurier di Kulim, Kedah.


"Sebenarnya, saya seorang yang penakut dan tidak pernah terfikir akan jadi penggali kubur kerana takut sangat.


"Bagaimanapun, saya jadi berani turun ke liang lahad ketika bantu uruskan arwah nenek yang meninggal dunia pada 2017.


"Bertitik tolak daripada situ, timbul minat untuk teruskan sehingga kini dan setiap kali ada kematian di kampung, saya, ayah, abang dan adik antara yang akan membantu menggali kubur serta mengebumikan jenazah," katanya ketika dihubungi Harian Metro.



Menurut Uzair, kerja menggali kubur bukan mudah sebaliknya memerlukan kekuatan fizikal iaitu tenaga yang banyak.


Di samping itu, Uzair berkata, penggali kubur juga perlu ada mental yang kuat kerana ada kalanya berdepan dengan perkara tidak diduga sewaktu mengendalikan jenazah.


"Memang ada beberapa perkara pernah terjadi sewaktu mengendalikan jenazah tetapi sebagai penggali kubur, penting untuk kita menjaga aib si mati.


"Setiap apa yang berlaku itu saya ambil sebagai iktibar dan pengajaran sebagai persediaan kerana satu hari nanti, jenazah saya juga akan dibawa masuk ke liang lahad.


"Perasaan takut itu ada dan pernah terbawa-bawa tetapi kini tidak lagi kerana sudah lali dengannya," katanya yang turut aktif melakukan senaman kecergasan di gimnasium bagi memantapkan stamina kerana pernah mempunyai berat badan mencecah 113 kilogram (kg) suatu ketika dulu.


Uzair berkata, selagi diberi kudrat, dia akan terus melakukan kerja menggali kubur malah berharap lebih ramai anak muda berminat melakukannya.


"Segelintir orang anggap kerja ini dilakukan sebab duit, hakikatnya ia lebih kepada minat, kepuasan serta mengumpul amalan untuk bekalan diri.


"Lagipun, ini tuntutan fardu kifayah dalam Islam jadi menjadi sebahagian tanggungjawab saya untuk lakukannya .


"Perkongsian video di TikTok itu pula sekadar untuk berkongsi tugas saya sebagai penggali kubur dan tak sangka ia dapat maklum balas positif," katanya.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!