About Me

Kanak-kanak perempuan maut jatuh tingkat 7



Putrajaya: Kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh di apartment di Presint 5 di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian pada 6.55 petang.


Menurutnya, kejadian berlaku ketika mangsa, Keisya Nawrah Md Rizal, berada di dalam bilik seorang diri kerana mengikuti Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) dan bilik berkunci dari dalam.


Katanya, siasatan awal mendapati, ketika kejadian, mangsa bersama kakak berusia 14 tahun dan adik lelaki berusia tujuh tahun manakala ibu bapa mangsa keluar bekerja.


"Ibu bapa mangsa yang pulang kira-kira 6 petang mendapati bilik mangsa berkunci dari dalam, dan pintu hanya dapat dibuka menggunakan kunci pendua.


"Sebaik dibuka didapati mangsa tiada di dalam bilik, manakala tingkap dan jeriji terbuka. Ibu bapa mangsa bergegas ke tingkat bawah bangunan itu dan mendapati orang ramai sedang berkumpul melihat anaknya yang terbaring di atas lantai," katanya di sini, hari ini.


Beliau berkata, mangsa yang kritikal diberikan rawatan kecemasan oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat (JBPM) pada jam 6.45 petang dan dibawa ke Hospital Putrajaya dengan ambulans.


"Bagaimanapun, kanak-kanak terbabit disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya, pada 7 petang.


"Pemeriksaan doktor mendapati mangsa patah kedua belah siku dan kaki kiri manakala punca kematian akan diketahui selepas bedah siasat dilakukan," katanya.


Katanya, jeriji tingkap tidak berkunci dan hanya terdapat selak tanpa pengunci, manakala rumah itu juga tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).


Beliau berkata, kes di klasifikasi sebagai mati mengejut dan siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!