About Me

JKM cari waris bayi ditinggalkan atas rumput



SEREMBAN – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seremban sedang mengesan ibu kandung atau waris kepada bayi perempuan yang dijumpai oleh orang awam di kawasan rumah kongsi perumahan Taman Ara Sendayan, Seremban di sini pada awal September lalu.


Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban, Mustafal Bakri Mohammad Yusof berkata, bayi berusia sebulan enam hari itu telah diselamatkan seperti mana peruntukan di bawah Seksyen 17(1)(e)(ii) Akta Kanak- kanak 2001.


“Bayi berkenaan telah diperintahkan diletakkan pada orang yang layak dan sesuai.


“JKM juga menerima kebenaran mengikut Seksyen 15 Akta Kanak-kanak 2001 oleh Mahkamah Kanak-kanak Seremban untuk melakukan siaran akhbar (bagi mencari waris),” katanya di sini hari ini.


Jelas Mustafal Bakri, JKM ingin mengesan waris kepada bayi tersebut bagi tujuan siasatan serta tindakan lanjut.


“Waris atau kenalan serta orang awam yang mengenali ibu kandung kepada bayi terbabit boleh menghubungi Pelindung Kanak-kanak , Puan Emelia Kamarulzaman di talian 06-6015798,” katanya.


Sebelum ini media melaporkan, seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di atas rumput berdekatan rumah kongsi berhampiran Precint 3, Taman Ara Sendayan di sini pada 7 September lalu. 


– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!