About Me

Haram sihir penjual untuk paksa pulang balik duit



PUTRAJAYA: Umat Islam di negara ini ditegah daripada cuba menggunakan sihir bagi tujuan memaksa peniaga tidak jujur memulangkan balik duit pelanggan yang kena tipu.


Demikian nasihat Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-634 yang diterbitkan menerusi laman sesawang rasminya semalam bagi mengulas isu itu.


“Penggunaan khidmat sihir untuk memaksa penjual ‘refund’ (pulang semula) duit yang telah diambil adalah perbuatan haram walau atas apa alasan sekali pun,” kata kenyataan tersebut.


Ia merujuk persoalan yang tular dalam media sosial baru-baru ini memaparkan tangkap layar perbualan menerusi aplikasi WhatsApp dari seorang lelaki yang mengugut penjual berkenaan.


Peniaga terbabit dilaporkan terpaksa merayu lelaki berkenaan yang dipercayai antara mangsa ditipunya itu agar segera berhenti menghantar santau mengakibatkan muntah paku berdarah.


Mengulas lanjut, PMWP berkata, sihir merupakan perbuatan maksiat dan antara dosa besar yang dilafazkan sendiri oleh Rasulullah SAW melalui hadis masyhur diriwayatkan Abu Hurairah.


Baginda ketika ditanya para sahabat bersabda dengan maksudnya supaya umat Islam menjauhi tujuh perkara yang boleh membinasakan atau berdosa besar dan antaranya ialah sihir.


Berdasarkan dalil itu, Imam al-Nawawi menjelaskan perbuatan sihir adalah haram dan ulama muktabar bersepakat ia membawa hujah bahawa sihir juga merupakan maksiat paling besar.


Pandangan itu turut disokong tokoh besar mazhab Syafie, Sheikh Zakariya al-Ansari yang berkata, jika ada beriktikad sihir adalah kononnya hukum harus, maka individu itu jelas telah kufur.


“Sekiranya dia sengaja belajar, mengajar atau beramal, perbuatannya itu adalah dianggap berdosa kerana ia boleh mendatangkan fitnah dan kemudaratan kepada orang lain,” jelas PMWP.


Bahkan sebahagian ulama berpendapat, jika sihir mampu membawa bahaya sehingga membunuh orang, si pelakunya itu boleh dikenakan hukuman qisas meski dengan apa alasan sekali pun.


Hal ini menurut agensi di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia itu, berdasarkan kaedah asas fiqh iaitu apa sahaja perkara yang membawa kepada haram, maka ia juga adalah haram.


Isu itu turut dinukilkan ulama terkenal Ibn Hajar al-Asqalani yang menyifatkan perbuatan sihir bukan boleh dipandang remeh tetapi ia berdosa kerana memberi mudarat kepada orang lain.


Pandangan beliau turut direkodkan dalam kitab terkenal dikarangnya iaitu Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari yang menjadi rujukan ramai agamawan era kontemporari mazhab Syafie.


- Utusan 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!