About Me

Guru maut kemalangan sebelum tiba sekolah



Alor Gajah: Guru wanita yang dipercayai dalam perjalanan ke sekolah meninggal dunia selepas kereta dipandu terbabit kemalangan dengan lori di simpang tiga Alor Gajah Lama di sini, hari ini.


Difahamkan, kejadian berlaku pada 6.30 pagi ketika Sakura@Muna Sakura Muhammad Perang, 54, memandu ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal.


Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Melaka Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu mangsa dari Taman Nuri cuba membelok ke kanan untuk menghala ke Durian Tunggal.


"Dalam masa sama, lori dipandu lelaki 43 tahun dari arah Krubong hala Nyalas, Jasin gagal mengelak mangsa dan merempuh bahagian sisi kanan kereta.


"Rempuhan menyebabkan kereta mangsa terseret lebih enam meter dari lokasi pelanggaran," katanya di sini, hari ini.


Hasan Basri berkata, mangsa cedera di kepala disahkan meninggal dunia di lokasi dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat.


Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!