About Me

Dukung selamatkan ibu lumpuh ketika rumah terbakar



DUNGUN – Seorang wanita warga emas yang lumpuh separuh badan nyaris maut selepas rumah sewa didiaminya musnah dalam kebakaran di Kampung Batu 48 di sini hari ini.


Bidah Mat Sin, 67, berjaya diselamatkan anak lelakinya, Mohd. Zaiham Hamzah, 25, dalam kebakaran pada pukul 2.25 petang itu.


Mohd. Zaiham berkata, dia yang baru pulang dari kedai makan terkejut apabila melihat api sedang marak memusnahkan rumahnya.


“Saya hanya fikir emak saya yang sedang terbaring di ruang tamu sebelum bergegas masuk untuk menyelamatkannya dengan cara mendukung.


“Sewaktu itu, asap sudah penuh memenuhi ruang rumah. Saya tidak berfikir panjang selain pantas membawa emak keluar dari rumah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kamung Batu 48 di sini hari ini.



Mohd. Zaiham berkata, ketika kejadian, ibunya yang terlantar lumpuh akibat angin ahmar sejak lapan bulan lalu hanya tinggal bersendirian kerana semua ahli keluarganya yang lain keluar bekerja.


Walaupun terkilan gagal menyelamatkan apa-apa barang berharga, dia tetap bersyukur ibunya tidak mengalami sebarang kecederaan. 


– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!