About Me

Dua sahabat berdepan hukuman gantung



SUNGAI PETANI – Dua sahabat berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 54.7 kilogram (kg) pada bulan lalu.


Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh iaitu Amiruddin Yaakub, 31, dan Nurzaihan Ismail, 41, sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Masjistret, Nurul Ainna Ahmad.


Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama mengedar methamphetamine seberat 5,4720.5 gram di hadapan sebuah rumah di Persiaran Amanjaya, Bandar Amanjaya di sini kira-kira pukul 8.10 pagi, 27 September lalu.


Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama.


Kesalahan tersebut memperuntukkan hukuman gantung sampai mati mandatori atau penjara seumur hidup dan hendaklah dihukum sebat tidak kurang 15 sebatan jika tidak dijatuhkan hukuman mati.


Pendakwaan dikendalikan pegawai polis Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Superintendan Mohd. Fakhruzi Ismail.


Amiruddin yang berniaga ayam gunting tidak diwakili peguam manakala Nurzaihan yang tidak bekerja diwakili peguam, Shaharuddin Mohamed.


 – K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!