About Me

Dua penjawat agensi keselamatan direman rasuah kontrak RM180,000



SHAH ALAM – Tindakan dua penjawat awam sebuah agensi keselamatan bersubahat mencari wang segera RM20,000 dalam rasuah kontrak pembekalan dan pemasangan kelengkapan pejabat agensi itu memakan diri apabila direman empat hari bermula hari ini.


Perintah reman terhadap suspek lelaki dan perempuan berusia 37 dan 40 dikeluarkan Majistret Mohamed Redza Azhar Rezali bagi membantu siasatan kes tersebut selepas membenarkan permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Menurut satu sumber, kedua-dua mereka bertugas sebagai pembantu di agensi tersebut dan telah berkhidmat sejak 2008.


Katanya, mereka telah ditahan pukul kira-kira pukul 2.30 petang semalam di sebuah restoran di Putrajaya dekat sini.


“Kedua-dua suspek dikatakan bersubahat telah meminta dan menerima wang suapan berjumlah RM20,000 secara berperingkat bermula kelmarin daripada sebuah syarikat swasta.


“Ini bagi mendapatkan kontrak bernilai RM180,000 iaitu membekal, menghantar dan memasang kelengkapan serta peralatan pejabat di agensi tersebut,” katanya kepada Kosmo! hari ini.


Kata sumber itu, kedua-dua suspek dikatakan terlibat secara langsung dalam jawatankuasa pemilihan kontraktor terlibat dalam projek tersebut.


Tambah sumber, siasatan awal mendapati terdapat dua lagi syarikat berlainan yang menawarkan diri bagi menyertai projek tersebut.


“Siasatan juga menunjukkan syarikat yang ingin didapatkan kontrak itu tidak mempunyai hubungan kekeluargaan dengan suspek sebaliknya hanya kenalan,


“Bagaimanapun, tempoh kontrak projek itu masih dalam siasatan” jelasnya.


Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan tersebut dengan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. 


– K!ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!