About Me

Cuba melarikan diri dari pihak Polis



ALOR SETAR:Pada 24/10/21 jam 1215hrs, DCC Setar telah terima makluman dari MPV Kedah 24 memaklumkan sedang mengekori sebuah m/kar jenis Proton Wira no pend WDC7632 dinaikki 2 individu. 


Kenderaan tersebut sebelum itu cuba ditahan di kawasan kampung Berjaya Alor Setar telah bertindak melarikan diri dan enggan memberi kerjasama semasa diminta untuk berhenti. 


Berlaku kejar mengejar melalui beberapa kawasan dalam Alor Setar. Kenderaan suspek kemudian telah terlibat dengan kemalangan dengan sebuah m/lori semasa berada di persimpangan lampu isyarat Pekan Pokok Sena. 


MPV Kedah 24 yang dibantu lain lain MPV dan CPJ Balai Pokok Sena yang mengekori kenderaan suspek berjaya menahan kedua dua individu yang menaikki kenderaan tersebut.


Semakan ke atas kenderaan tidak menjumpai sebarang barang salah. Semakan ke atas no enjin dan chasis juga dapati tiada sebarang rekod hilang.


Semakan lanjut ke atas kedua dua individu dapati pemandu kenderaan tersebut iaitu 1/L/M mempunyai 3 rekod jenayah lampau dan 1 rekod didapati masih lagi dikehendaki bersangkut Pokok Sena 355/19 (AIO Shukaironi). 


Kedua dua tangkapan di bawa ke Balai Polis Alor Setar untuk tindakan selanjutnya.


SUMBER WHATSAPPS GROUP

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!