About Me

Cederakan nenek, buruh dipenjara 15 bulan



Kota Bharu: Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 15 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan mencederakan neneknya, Jumaat lalu.


Tertuduh, Muhamad Zulhafize Zulkarnain, 29, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Izdham Naim Che Ani.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mencederakan neneknya, Jawahir Ab Wahab, 80, sehingga menyebabkan lebam pada dahi sebelah kiri.


Perbuatan itu dilakukan di rumah di Kampung Kerak Kadok, Ketereh di sini, jam lebih kurang 4.30 petang, pada 1 Oktober lalu.


Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama 326A Kanun Keseksaan.


Bagi kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan tertuduh boleh dipenjara sehingga setahun atau dengan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan pula, tertuduh boleh dipenjara dua kali ganda tempoh maksimum yang dikenakan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.


Berdasarkan fakta kes, disebabkan tidak memberikan wang yang diminta, lelaki itu bertindak memukul neneknya dengan tangan hingga menyebabkan mangsa lebam di dahi sebelah kiri.


Lelaki itu sering kali meminta wang daripada neneknya menyebabkan mangsa bimbang dengan keselamatan dirinya sebelum mendapatkan rawatan dan laporan polis.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Akmal Mohd Bakri dan tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Roshayati Hassan.


Terdahulu, Roshayati merayu supaya mahkamah mengenakan hukuman penjara minimum kerana tertuduh adalah duda anak seorang dan mempunyai sakit gout dan saraf.


Bagaimanapun, Nurul Akmal memohon hukuman berat dan setimpal dikenakan kepada tertuduh kerana menyebabkan kecederaan kepada neneknya yang sudah tua dan uzur.


Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama 15 bulan bermula hari ini.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!