About Me

Buruh perkosa anak saudara dipenjara 12 tahun



KUALA TERENGGANU – Perbuatan serakah seorang buruh memperkosa anak saudara perempuannya berusia 14 tahun pada bulan lalu berbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.


Hakim Nooriah Osman memerintahkan hukuman demikian selepas tertuduh berusia 49 tahun membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapannya.


Beliau mengarahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan itu bermula dari tarikh tangkap iaitu 20 Oktober lalu.


Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 14 tahun di sebuah rumah di daerah ini pada pukul 4 pagi akhir September lalu.


Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lapan sehingga 30 tahun serta tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.


Dalam pertuduhan berasingan, tertuduh tidak mengaku salah atas dakwaan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa di lokasi, masa dan tarikh sama.


Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. 


– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!