About Me

Bunuh suami dengan besi pemegang payung



Gombak: Pertengkaran akibat cemburu bertukar tragedi apabila seorang suami maut ditikam dengan besi pemegang payung oleh isterinya yang didakwa curang dalam kejadian di kediaman mereka di Kampung Laksamana, Batu Caves, di sini, semalam.


Kejadian 11.30 malam itu tercetus selepas berlaku pertengkaran antara lelaki berusia 45 tahun terbabit yang menuduh suspek berusia 26 tahun menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain.


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pada mulanya, pihaknya menerima laporan pada 12.35 tengah malam daripada seorang wanita yang mendakwa jiran lelakinya membunuh diri.


Bagaimanapun, katanya, hasil siasatan mendapati berlaku pertengkaran yang membawa kepada pembunuhan lelaki itu, bukannya kerana membunuh diri.


"Berlaku pertengkaran di dalam rumah itu apabila mangsa dikatakan terlebih dahulu mengambil sebilah gunting dan cuba menyerang suspek (isterinya).


"Suspek kemudian bertindak balas dengan mematahkan besi pada pemegang payung dan terus menikam perut mangsa.


"Akibat tindakan itu, mangsa rebah dan terbaring di atas tilam dalam keadaan berlumuran darah dan terus meninggal dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.


Zainal berkata, polis berjaya menemui senjata yang digunakan oleh suspek untuk menikam mangsa di bahagian belakang rumah berkenaan.


"Motif kejadian kerana cemburu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


"Bedah siasat akan dijalankan esok di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas laporan ujian Covid-19 diperoleh," katanya.


Katanya, suspek sudah ditahan dan direman seminggu bagi membantu siasatan.


"Sekiranya terdapat maklumat tambahan dari orang awam bolehlah berhubung dengan Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan I Agilan di nombor 03-61262222 atau 019-5230801," katanya.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!