About Me

Bomba bawa turun pendaki maut di Gunung Datuk



REMBAU – Pasukan penyelamat diketuai pasukan bomba berjaya membawa turun seorang pendaki yang dipercayai sudah meninggal dunia ketika dalam perjalanan Trans Naning di Gunung Datuk, di sini, pagi tadi.


Mangsa, Mohd Azam Che Mat, 45, bekerja di salah sebuah kilang di Seremban sebagai penyelengara kimpalan disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan paramedik sebaik berjaya di bawa turun ke tapak kaki Gunung Datuk pada pukul 2.20 petang.


Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Arif Ahmad Osasi, pasukannya menerima maklumat berkenaan pada pukul 9.28 pagi dan kebetulan anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) sudah berada di lokasi susulan terdapat dua program dijalankan di Gunung Datuk.


“Mangsa dilaporkan sudah tidak sedarkan diri kira-kira 300 meter dari puncak Gunung Datuk di mana mangsa bersama 18 ahli kumpulan yang lain sedang menuju ke Gunung Gagak.


“Pasukan penyelamat bersama sukarelawan keseluruhannya seramai 30 orang bergilir-gilir mengusung mangsa turun dari puncak Gunung setinggi 884 meter dari aras laut,” katanya ketika ditemui di Tapak Kaki Gunung Datuk, di sini, hari ini.


-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!