About Me

'Ayahanda' pertubuhan haram ditahan positif dadah



Kuala Terengganu: Ketua sebuah pertubuhan haram bergelar 'Ayahanda' antara 52 individu termasuk enam wanita ditahan ketika menghadiri mesyuarat di sebuah hotel, di sini, Jumaat lalu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, semua individu berusia antara 16 hingga 52 tahun ditahan kira-kira jam 9 malam.


Katanya, siasatan dan pemeriksaan terhadap individu terbabit mendapati mereka mengaku menghadiri mesyuarat membabitkan satu pertubuhan yang tidak berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).


"Dalam serbuan, pelbagai barangan berkaitan kumpulan terbabit dirampas.


"Enam daripada individu yang ditahan positif dadah jenis Methamphetamine," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, tiga daripada mereka adalah ketua pertubuhan yang menggelarkan diri sebagai 'Ayahanda' dan kesemua mereka berusia 30 hingga 35 tahun itu mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah kekerasan dan narkotik.


"Pertubuhan berkenaan dipercayai menjalankan kerja menarik kereta yang mempunyai bayaran tertunggak di bank atau 'reposessor'.


"Seramai 36 individu yang ditahan sudah dikenakan reman selama empat hari bermula semalam (Sabtu)," katanya.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).


"Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dipenjara tidak lebih dari tiga tahun atau denda tidak lebih RM5,000, atau kedua-duanya sekali," katanya.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!