About Me

Anggota polis maut motosikal dilanggar bas



BENTONG – Seorang anggota polis maut selepas motosikal ditunggangnya yang masuk ke laluan bertentangan dilanggar sebuah bas di Kilometer 16 Jalan Bentong-Raub di sini semalam.


Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, kejadian kira-kira pukul 12.10 tengah hari itu berlaku ketika mangsa Arisham Azahari, 37, yang bertugas di Balai Polis Dong di Raub dalam perjalanan dari arah Raub ke Bentong.


“Apabila sampai di tempat kejadian motosikal ditunggang mangsa cuba memotong kenderaan ketika kesesakan lalu lintas dan melanggar sebuah motosikal di hadapan menyebabkannya terjatuh dan masuk ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah bas.


“Akibat kemalangan itu mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.


Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan.


Katanya, pihak polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian agar tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu siasatan. 


– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!