About Me

Ambulans terbabas, pemandu dan penumpang selamat



SIMANGGANG: Kesemua kakitangan kesihatan disahkan selamat selepas ambulans yang dinaiki terlibat dalam kemalangan kendiri berhampiran Kampung Sabu di KM6, Jalan Sri Aman-Serian, awal pagi tadi.


Perkara tersebut disahkan Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga Sri Aman, Ramlan Marajan.


Menurutnya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman dimaklumkan tentang insiden kira-kira 3.58 pagi.


"Sepasukan anggota diketuai Chimiam Duyu yang digegaskan ke lokasi mendapati ambulans tersebut terbabas ke dalam parit di sebelah kanan jalan menuju Sri Aman ketika dalam perjalanan dari Betong.



"Bagaimanapun, ketiga-tiga mangsa yang menaiki ambulans tersebut selamat," katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.


Jelasnya, pemandu berusia 34 tahun serta dua lagi kakitangan masing-masing berusia 29 dan 35 tahun kemudian dihantar ke Hospital Sri Aman menggunakan jentera EMRS untuk tindakan lanjut.


Operasi tamat kira-kira 4.15 pagi.


Sumber: Suara Sarawak

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!