About Me

‘Abang e-hailing’ pula tayang kemaluan dekat pelanggan



PETALING JAYA- Seorang pemandu e-hailing didakwa bertindak di luar kawalan apabila mempamerkan kemaluannya kepada pelanggan wanita ketika suspek membuat penghantaran makanan kepada mangsa kelmarin.


Difahamkan, dalam kejadian yang berlaku di Subang, Selangor itu, mangsa menggunakan perkhidmatan e-hailing bagi menghantar makanannya sebelum menerima gangguan seksual daripada suspek.


Kisah berkenaan dikongsikan seorang pengguna Twitter yang turut menjelaskan telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.


“Selalu baca ciapan atau berita orang yang kena (gangguan seksual), tetapi hari ini saya kena sendiri. Bukan pertama kali, tetapi kali ini sangat melampau.


“Alasan utama saya membuat laporan polis ialah tidak mahu orang lain merasakan apa dilalui saya, sekarang ini semua benda perlu berteman,” ciapnya.


Berdasarkan laporan itu, mangsa mendakwa berdepan gangguan seksual daripada pemandu e-hailing itu apabila sengaja menunjukkan kemaluannya kepada mangsa.


“Pada 5 Oktober 2021, saya mahu mengambil pesanan kek daripada seorang penghantar makanan yang memandu Perodua Bezza berwarna biru.


“Semasa mahu mengambil kek itu, saya ternampak zip seluar pemandu dalam keadaan terbuka selain sengaja meletakkan kemaluannya di luar,” tulis laporan polis itu.


Menurut laporan polis itu lagi, suspek secara tiba-tiba turut menarik pergelangan tangan kiri beberapa kali sebelum sempat ditarik keluar oleh mangsa.


Sementara itu, perkongsian mangsa mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman media sosial dengan ramai daripada mereka mahu pemandu e-hailing itu dikenakan tindakan.


“Kakak tidak boleh bayangkan betapa traumanya kamu, awak sangat berani,” kata @Tauuufiqqqq.


“Tolong ambil perhatian, dan sekat pemandu itu,” tegas @ Mhdkmz.


“Sudah buat laporan dekat e-hailing ke? Kalau boleh buat laporan terus,” pesan @MakOyen.


 -K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!