About Me

3 bersaudara lemas: Ibu longlai ketika jenazah dikebumi



Kuala Terengganu: Jenazah dua beradik, Nur Amni Insyirah Saiful Tarmizi, 9, dan Muhammad Aryan Faheem Saiful Tarmizi, 7, yang lemas bersama sepupunya, Nurulhasha Humaira, 11, dikebumikan di satu liang lahad, hari ini.


Ketiga jenazah itu dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran kediaman nenek mereka di Kampung Losong Panglima Perang, di sini.


Sebelum itu, jenazah disembahyangkan di rumah nenek mereka sebaik tiba dari Hospital Setiu menggunakan kenderaan persendirian kira-kira jam 5.30 petang.


Nor Azifah, ibu kepada Nur Amni Insyirah dan Muhammad Aryan Faheem longlai dan terpaksa ditenangkan adik beradiknya sepanjang berada di tanah perkuburan bagi melihat proses pengebumian jenazah dua anak dan anak saudaranya sehingga selesai jam 7 malam.


Nur Amni Insyirah, Muhammad Aryan Faheem dan sepupunya, Nurulhasha Humaira dilaporkan lemas ketika mencari kepah bersama beberapa lagi sepupu mereka di beting pasir muara sungai Kampung Mangkuk, Setiu, semalam.



Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan ke lokasi berkenaan untuk berkelah bersama keluarga masing-masing jam 9.30 pagi sebelum ke beting pasir jam 3 petang.


Mayat ketiga-tiga mangsa ditemui secara berasingan antara jam 12.58 tengah malam hingga 8.15 pagi hari ini di tiga lokasi berbeza.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!