SEREMBAN – Trafik masih bergerak perlahan sejauh dua kilometer susulan kejadian kemalangan membabitkan dua buah lori di Kilometer 269, Lebuh Raya Utara Selatan (arah Selatan), di sini, pagi ini.
Dalam kemalangan kira-kira pukul 6.10 pagi itu, kemalangan membabitkan lori membawa muatan penghawa dingin dan juga bunga hiasan.
Menurut Jurucakap polis, pihaknya menerima maklumat terdapat satu kemalangan membabitkan dua buah lori yang terbalik di lorong paling perlahan.
“Polis bergegas ke lokasi bagi membuat kawalan lalu lintas di lokasi kejadian. Siasatan awal dipercayai lori membawa muatan penghawa dingin telah melanggar belakang lori muatan bunga hiasan yang diparkir di lorong kecemasan susulan mengalami kerosakan.
“Kedua-dua lori kemudiannya telah terbalik di lorong perlahan akibat perlanggaran tersebut. Bagaimanapun, pemandu dan kelindan kedua-dua lori tidak mengalami sebarang kecederaan serius,” katanya di sini hari ini.
– K! ONLINE.