About Me

Tukang masak wanita rindu anak ditemukan mati


Sibu: Tukang masak wanita warga Indonesia ditemukan mati dalam kantin rumah pekerja sebuah kilang papan di Jalan Feri Lama, Durin, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, kejadian itu disedari rakan sekerjanya selepas mendapati pintu kantin berkunci dari dalam pada 7.30 pagi.

"Wanita itu kemudian meminta bantuan rakan sekerja lelaki untuk memecah pintu sebelum mendapati mangsa dalam keadaan tergantung di bahagian alang kayu kantin berkenaan.

"Mangsa berusia 45 tahun dijumpai dalam keadaan memakai baju tidur dan seluar warna petak merah hitam," katanya dalam kenyataan, di sini.

Katanya, penyelia pekerja kilang papan itu dengan bantuan empat pekerja lelaki warga Indonesia membantu menurunkan mangsa.

"Siasatan awal mendapati mangsa sudah berpisah dengan bekas suami dan memberitahu rakan sebilik bahawa dia ingin balik ke kampung untuk melawat anaknya berusia tujuh tahun kerana merinduinya.

"Rakan sebiliknya mengatakan semalam mangsa kelihatan gelisah kerana asyik keluar masuk dari bilik," katanya.

Katanya, pemeriksaan awal juga mendapati tiada elemen jenayah dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut(SDR)," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!