About Me

Tukang bot mati lemas di limbungan kapal


KUALA TERENGGANU – Seorang tukang bot meninggal dunia akibat lemas ketika melakukan kerja-kerja menurunkan bot di Jeti Pulau Ketam di sini hari ini.


Dalam kejadian pada pukul 4.45 pagi itu, Izman Mohamad, 44, dikatakan terjatuh ke dalam Sungai Terengganu ketika sedang menolak bot tersebut bersama empat rakannya dari kawasan limbungan berhampiran.


Adik mangsa, Juhan, 32, berkata, mayat Izman dijumpai di dasar sungai kira-kira 10 meter dari lokasi dia hilang pada pukul 8 pagi.


“Sebelum kejadian, arwah abang saya membaiki bot itu bersama empat rakannya. Dia dikatakan berada di gigi air sewaktu bot yang siap dibaiki dibawa turun ke sungai. Pada mulanya, kami sangka arwah abang saya terus pulang ke rumah selepas itu.


“Tapi saya terkejut apabila abang tiada di rumah dan sebelum rakan-rakan sekampung keluar mencarinya dan arwah ditemui di dasar sungai kira-kira empat jam kemudian,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian di sini hari ini. 


– K! ONLINE


LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!