About Me

Tak sempat lari, menyorok dalam tandas


Melaka: Hilang arah selepas pintu diketuk penguat kuasa Imigresen, empat lelaki warga asing bertindak bersembunyi di dalam tandas rumah di sebuah pangsapuri di Kota Laksamana, di sini, semalam.

Bagaimanapun, persembunyian lelaki warga Bangladesh terbabit hanya bertahan beberapa minit saja sebelum ditahan.

Lelaki terbabit antara 125 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang ditahan Jabatan Imigresen Melaka (JIM) dalam Ops Pintu selama enam jam yang tamat pada 4 pagi semalam.

Pengarah JIM Anirwan Fauzee Mohd Aini berkata, operasi itu membabitkan tiga lokasi iaitu di sebuah pangsapuri di Kota Laksamana, Melaka Tengah; tapak pembinaan di Alor Gajah serta asrama pekerja di Merlimau, Jasin.

Beliau berkata, dalam operasi itu seramai 424 warga asing diperiksa dan hasilnya JIM berjaya menahan 125 Pati termasuk enam wanita.

"Mereka yang ditahan membabitkan warga Nepal (60), Bangladesh (41), Indonesia (16) dan India (lapan) berusia antara 25 hingga 48 tahun.

"Mereka ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah ketika diminta penguat kuasa," katanya.

Beliau berkata, operasi dijalankan berdasarkan aduan awam berikutan kebanjiran warga asing di kawasan berkenaan selain hasil risikan pihaknya.

"Hasil pemeriksaan mendapati kebanyakan Pati tiada dokumen yang sah tinggal di negara ini selain tinggal lebih masa.

"Selain itu JIM turut mengeluarkan satu saman saksi kepada majikan ketika serbuan di lokasi ketiga iaitu di asrama pekerja bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan," katanya.

Anirwan berkata, semua Pati yang ditahan kemudian dibawa ke Pusat Kesihatan Daerah (PKD) bagi menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum dihantar ke Depot Tahanan Imigresen untuk tindakan lanjut.

"Mereka yang ditahan ini akan disiasat mengikut Seksyen 6(1), Seksyen(15)(c) dan Akta Imigresen 1959/63," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!