About Me

Suami rentung, isteri melecur



Penampang: Seorang lelaki warga emas rentung, manakala isterinya melecur selepas kediaman mereka di Kampung Gunsing Novunsu, di sini, terbakar, awal pagi hari ini.


Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, mangsa maut, Godfrey Tozuu Moligan, 90.


Isterinya yang berusia 89 tahun dilaporkan melecur di muka dan badan.


Bagaimanapun, empat lagi ahli keluarga yang berusia 33 hingga 68 tahun dan tinggal di rumah sama, tidak mengalami sebarang kecederaan.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zainal @ John Radsung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.16 pagi.


Katanya, sepasukan 10 anggota dan pegawai dikerah ke lokasi kejadian bersama jentera dan lori tangki.


"Operasi turut dibantu pasukan BBP Kota Kinabalu dan Lintas.


"Sebaik tiba di lokasi kejadian, api sudah membakar lebih separuh daripada rumah berkenaan dan operasi pemadaman segera dijalankan bagi mengawal api daripada terus merebak," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Zainal berkata, api dapat dikawal pada 4.24 pagi sebelum berjaya dipadamkan beberapa minit selepas itu.


"Sebaik api berjaya dipadamkan, pasukan bomba kemudiannya menjalankan operasi mengeluarkan mangsa rentung dari sebuah bilik tidur di rumah berkenaan.


"Wanita yang parah pula dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu, untuk rawatan lanjut," katanya.


Zainal berkata, operasi tamat sepenuhnya pada 5.56 pagi.


Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!