About Me

Seorang penghantar makanan maut motosikal ditunggangnya melanggar sebuah kereta


KUALA PILAH Seorang penghantar makanan Foodpanda maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar sebuah kereta dalam nahas di Kilometer 25 Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat sini, pagi tadi.


Mangsa, Muhammad Afiq Rudhuan, 21, dari Taman Sri Juasseh dekat sini meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di kepala.


Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Supritenden Amran Mohd. Ghani berkata, siasatan awal mendapati sebuah kereta Perodua Axia yang dipandu seorang wanita berusia 26 tahun sedang dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Kuala Pilah.


Jelasnya, apabila sampai di tempat kejadian dan sedang membelok masuk ke simpang Taman Sri Terachi, mangsa yang datang dari arah Kuala Pilah tidak sempat mengelak terus melanggar kereta tersebut.


Kemudian, kereta Perodua Axia itu terus menggelungsur ke hadapan dan melanggar sebuah kereta Proton Saga yang sedang berhenti di laluan keluar simpang tersebut.


Akibat kemalangan, penunggang motosikal mengalami kecederaan di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kedua-dua buah kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya

K! ONLINE



LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!