About Me

Seorang lelaki hampir putus pergelangan tangan ditetak jiran


JITRA – Seorang lelaki cedera parah apabila pergelangan tangan kirinya hampir putus akibat ditetak jirannya di hadapan sebuah rumah di Kampung Kelubi Dalam, di sini hari ini.


Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa berusia 27 tahun dikatakan pergi ke rumah suspek berusia 29 tahun sebelum berlaku pergaduhan antara mereka.


Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, kedua-dua lelaki terbabit yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan menggunakan sebilah parang dan pedang dalam kejadian tersebut.


Katanya, ekoran kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan pada pergelangan tangan kiri manakala suspek cedera pada perut.


“Mangsa dihantar ke Hospital Jitra untuk rawatan manakala suspek ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya hari ini.


Jelas beliau, pihaknya merampas kedua-dua senjata tajam yang digunakan.


“Kita masih menyiasat punca kejadian yang mana suspek didapati merupakan pesakit mental” ujarnya.


Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. 


– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!