About Me

Seluk tangan dalam mesin wang


Kuala Selangor: Berpura-pura menghubungi majikan mangsa dengan alasan mahu memeriksa mesin daftar tunai (cash register) sebelum melarikan wang.

Itu taktik digunakan seorang lelaki bagi memperdaya seorang juruwang sebuah restoran di Bandar Puncak Alam, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, dalam kejadian 6 petang itu, mangsa berusia 18 tahun bertugas di kaunter bayaran sebelum didatangi suspek.

Katanya, dalam masa sama suspek bercakap menggunakan telefon bimbit dan memberitahu mangsa kononnya dia sedang menghubungi majikannya untuk memeriksa mesin daftar tunai.

"Suspek kemudian dipercayai mengambil duit (dalam mesin daftar tunai) dengan alasan 'mahu cepat' sambil bercakap menggunakan telefon.

"Suspek melakukan perkara itu dalam tempoh empat minit sebelum bergegas keluar dari restoran itu," katanya tadi.

Menurut Ramli, tidak lama selepas itu, mangsa tersedar dan terus bertanya majikannya jika suspek lelaki itu ada menghubunginya.

"Bagaimanapun, majikan mangsa menafikan lelaki terbabit menghubunginya. Anggaran kerugian adalah RM 900. Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK)," katanya.

Dalam pada itu, Ramli berkata, ketika kejadian suspek memakai pelitup muka selain mangsa mendakwa tidak dapat mengenal pasti wajah lelaki itu.

Katanya, siasatan mendapati suspek juga tidak mengimbas kod MySejahtera.

"Saya ingin mengingatkan semua pemilik premis di daerah Kuala Selangor supaya mewajibkan penggunaan aplikasi MySejahtera.

"Sesiapa yang ingin berurusan (di premis), tidak kira juruteknik atau sesiapa sahaja, wajib menggunakan aplikasi ini," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial berhubung kejadian di restoran terbabit.

Dua video dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di premis berkenaan mendapat perhatian netizen dengan rata-ratanya menyelar dan mengecam tindakan suspek.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!