About Me

'Sebahagian tubuh mangsa terkeluar di belakang kereta' - Saksi



Johor Bahru: "Isteri kejut saya suruh bangun tidur sambil beritahu dia terdengar bunyi brek disusuli dentuman kuat," kata juruteknik kilang, Mohd Akmal Mohd Noh, 27.


Menurutnya, dia terkejut mendapati sebuah kereta merempuh tembok rumahnya ketika melihat dari tingkap di tingkat atas rumahnya.


Katanya, dia meninjau keadaan di luar didapati sebahagian tembok rumahnya mengalami kerosakan akibat dirempuh kereta jenis Proton Waja yang dipercayai terbabas dari laluan bersebelahan rumahnya.


"Saya terkejut melihat seorang mangsa dalam keadaan tersepit dan sebahagian tubuh terkeluar di bahagian belakang kenderaan itu.


"Ketika saya menghampiri penumpang kereta itu, ada penumpang kelihatan cedera parah," katanya yang menghuni rumah di Jalan Rumbia 3, Taman Daya di sini.


Menurutnya, dia terus menghubungi Balai Polis Taman Setia Indah bagi melaporkan kejadian itu dan beberapa minit kemudian polis, pasukan bomba serta ambulans tiba.


"Saya tidak sangka kejadian itu meragut nyawa tiga individu yang menaiki kereta itu dan ia pertama kali berlaku, saya tidak boleh lupakan seumur hidup," katanya.


Menurutnya, dalam kejadian itu keluarganya mengalami kerugian kira-kira RM2,000 akibat kerosakan tembok dan bercadang membaik pulihnya dalam tempoh terdekat.


"Kereta jiran jenis Proton Kelisa juga mengalami kerosakan akibat dirempuh kereta berkenaan sebelum merempuh sebuah pokok besar lalu melanggar tembok rumahnya.


"Kami sekeluarga juga mengambil masa beberapa jam membersihkan halaman rumah akibat kejadian itu.


"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana kejadian tidak mengakibatkan kemalangan jiwa terhadap ahli keluarga kami," katanya.


Dalam kejadian itu, tiga sahabat maut, manakala dua lagi parah selepas kereta yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan pada 2 pagi hari ini.


Mangsa yang maut itu adalah R Vimalan, 21; A Sharven, 21, dan seorang lagi lelaki berusia 20-an yang belum dikenal pasti identitinya.


Dua mangsa yang parah dikenali sebagai S Meshen Kumar, 21, dan P Agilan, 22.


Kemalangan berlaku ketika kesemua mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Taman Daya menuju ke Taman Setia Indah.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!