About Me

'Saya akan jaga ibu hingga akhir usia'


Kota Bharu: Ketika ramai rakan seusia dengannya rancak membina kerjaya, Noraini Abdullah yang mempunyai kelulusan ijazah sarjana muda pula menjaga ibunya yang hilang ingatan sejak 31 tahun lalu.

Noraini Abdullah, 31, berkata, ibunya, Jawiah Awang, 64, hilang ingatan sejak mengandungkannya.

Anak bongsu daripada enam beradik itu berkata, akibat penyakit itu, ibunya tidak mampu menguruskan diri dan berkelakuan seperti bayi.

"Saya perlu uruskan ibu termasuk memberi makan, mandi, pakai baju dan memakainya lampin pakai buang setiap hari memandangkan ibu tidak seperti orang lain. Perkara ini terjadi kerana ibu hilang ingatan dan ibu hanya boleh bercakap beberapa patah perkataan saja.

"Walaupun tidak sempurna, namun saya akan menjaga ibu sehingga akhir usia saya," katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Baung, Pengkalan Chepa di sini, semalam.

Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary melawat keluarga itu dan menyampaikan wang sumbangan RM500 dan barangan keperluan harian daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Noraini berkata, dia mula menjaga ibunya sejak dua tahun lalu dan sebelum itu kakak sulung serta nenek yang menjaga Jawiah.

Noraini yang memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Keusahawan (Perdagangan) dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berkata, sebelum ini dia bekerja sebagai kakitangan kontrak di UMK sebelum kontraknya tamat tahun lalu.

"Sebaik kontrak tamat, saya bekerja sebagai guru tuisyen sebelum pusat tuisyen ditutup ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih dua bulan lalu.

"Untuk meneruskan kehidupan, saya kini berniaga secara dalam talian dan dapat pendapatan sekitar RM400 sebulan. Walaupun tidak banyak, Alhamdulillah rezeki kami sentiasa cukup.

"Ramai yang bermurah hati membantu kami termasuk adik-beradik, saudara mara, jiran tetangga dan sahabat yang sentiasa mengambil berat," katanya.

Sementara itu, Ahmad Marzuk yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa berkata, pihaknya akan membina sebuah rumah kepada keluarga itu di lokasi berdekatan yang bernilai antara RM40,000 hingga RM50,000.

"Kita sudah mengenal pasti tanah yang sesuai dan memerlukan beberapa proses untuk kelulusan," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!