About Me

SANGGUP MENGAKU SEPUPU ELAK DICEKUP


ALOR SETAR – Seorang wanita cuba menipu dengan mendakwa lelaki yang berada di rumah sewanya merupakan sepupunya ketika ditangkap khalwat di sebuah rumah sewa di Jalan Alor Mengkudu di sini tengah malam semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pasangan berusia 22 dan 23 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12.40 tengah malam selepas menerima maklumat awam.

Katanya, dalam serbuan itu, lelaki yang bekerja sebagai juruteknik kilang memberi alasan ingin menumpang tidur di rumah sewa tersebut kerana motosikal kehabisan minyak.

“Pasangannya yang merupakan pengurus pemasaran juga cuba menipu dengan mendakwa mereka adalah sepupu.

“Pihak penguat kuasa kemudian meminta wanita terbabit menghubungi warisnya sebagai bukti, namun keluarganya tidak mengenali lelaki terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki khalwat yang memperuntukkan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sumber : KOSMO ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!