About Me

Samun pelajar UniMAP, tiga ditahan polis


Padang Besar: Tiga individu termasuk seorang wanita ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kejadian samun bersenjata terhadap tiga pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Gua Bukit Jernih, Chuping, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Saifuddin Aslin Abbas berkata, suspek berusia antara 16 hingga 26 tahun itu ditahan di kediaman mereka di sekitar daerah Padang Besar kelmarin.

"Suspek ditahan di kediaman masing-masing sebelum dibawa ke Balai Polis Padang Besar untuk siasatan lanjut selepas mangsa berusia antara 23 hingga 24 tahun membuat laporan polis.

"Dalam kejadian Ahad lalu, mangsa yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita dari UniMAP ke Gua Bukit Jernih dan berjumpa suspek untuk bertanyakan mengenai gua berkenaan," katanya ketika dihubungi.

Katanya, secara tiba-tiba suspek menolak mangsa dan mengacukan pisau serta meminta menyerahkan telefon bimbit.

"Salah seorang suspek mengeluarkan pisau kecil manakala seorang lagi suspek mengambil kayu panjang untuk mengugut mangsa.

"Suspek merampas tiga telefon bimbit milik mangsa sebelum melarikan diri menaiki motosikal jenis Honda Wave," katanya.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek didapati positif dadah jenis syabu menerusi ujian saringan air kencing.

"Barang yang disamun iaitu telefon bimbit dan pisau yang digunakan ditemui bersama suspek.

"Suspek kini direman sehingga 27 September untuk membantu siasatan kes berkenaan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun denda atau sebatan.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!