About Me

Salah guna surat kebenaran JAIK untuk kaut derma


Alor Setar: Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) mengesan ada pihak tidak bertanggungjawab memanipulasikan lesen serta surat kebenaran yang diberikan untuk mengaut derma.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah (JAIK), Syeikh Azhari Mohamad berkata, berikutan itu pihaknya melakukan operasi di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan ramai dan pemungut derma bermula jam 10 pagi hari ini.

Menurutnya, dalam pemeriksaan pertama di hadapan sebuah bank di Lebuhraya Sultanah Bahiyah, seorang wanita berusia sekitar 50-an didapati memungut derma menggunakan surat kebenaran yang dikeluarkan oleh pihak JAIK namun didapati namanya tiada dalam senarai surat itu.

"Wanita itu memaklumkan dia hanya mewakili suaminya untuk berbuat demikian (memungut derma) dan kita minta dia beredar dari kawasan itu. Kami mendapati lesen pungutan derma itu masih sah sehingga April 2022.


"Memang pihak kami ada mengeluarkan surat dan mempunyai senarai nama pemungut derma yang dibenarkan namun ada yang cuba mengambil kesempatan," katanya ketika ditemui selepas operasi dilakukan hari ini.

Turut serta dalam operasi itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib.

Azhari berkata, disebabkan pandemik Covid-19 ketika ini, pihaknya tidak melakukan tangkapan sebaliknya akan mengambil tindakan sekiranya ada yang melakukan kesalahan.

Katanya, kali ini pihaknya hanya memberi amaran namun jika aduan masih diterima, tindakan selanjutnya akan diambil untuk mengatasi perkara ini.

"Tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 69 Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008 iaitu pungutan khairat.

"Tiada seorang pun boleh membuat atau mengambil Bahagian dalam apa-apa pungutan wang kecuali dengan kebenaran nyata daripada pihak Majlis (JAIK) atau menurut kuasa surat kebenaran," katanya.

Azhari berkata, mereka yang melanggar kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Beliau berkata, kebanyakan pemungut derma ini melakukan secara berasingan dan setakat ini pihaknya belum menerima maklumat mereka terbabit dalam sindiket.

"Kita mohon supaya orang ramai untuk memeriksa surat kebenaran pemungut derma terlebih dahulu kerana ada tempat yang boleh dipungut, siapa yang layak dipungut dan tempoh masa pungutan dilakukan," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!