About Me

Rumah ranap, seorang warga emas dipercayai maut tertimbus bawah tanah runtuh


Cameron Highlands: Seorang tertimbus dan seorang cedera, manakala dua lagi selamat selepas kediaman keluarga mereka di Sungai Palas berdekatan jalan utama Brinchang, di sini, ditimpa tanah runtuh, hari ini.


Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, wanita warga emas berusia 59 tahun yang tertimbus tanah runtuh dalam kejadian itu dipercayai meninggal dunia.


Difahamkan, hujan lebat dua jam sebelum kejadian itu mencetuskan pergerakan tanah di kawasan kediaman mengakibatkan rumah roboh dan tertimbus tanah runtuh.


Ketua Zon Tiga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Shahrul Nizam Nasir berkata, ketika kejadian empat sekeluarga berada dalam rumah berkenaan.


Beliau berkata, susulan kejadian itu, wanita warga emas berkenaan terperangkap dalam runtuhan itu dan tertimbus tanah dengan anggaran kedalaman satu meter.


Katanya, anak perempuannya berusia 29 tahun tercedera, manakala suami anak perempuannya itu dan cucu perempuan berjaya menyelamatkan diri.


"Pasukan Bomba dan Penyelamat bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada 3.30 petang dan mendapati sebuah rumah kebun runtuh.


"Kami melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga emas itu di kawasan runtuhan terbabit sebelum ditemukan pada 5.41 petang," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Harian Metro masih menunggu maklumat lanjut, termasuk perincian mengenai identiti mangsa daripada polis berhubung kejadian tanah runtuh itu.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!