About Me

Rindu seorang ayah


Kuala Lumpur: "Rindu seorang ayah," tulis pelawak dan pelakon, Shuib sebagai keterangan terhadap video mengenai bapa mentuanya, Raissuddin Hamzah.

Menerusi video yang dimuat naik menerusi Instagram Story itu, Raissuddin kelihatan sedang duduk sendirian di luar balkoni kediaman Shuib.

Paling menyentuh perasaan, apabila bekas penyanyi dan pelakon terkenal era 1980-an ini memainkan lagu Kesetiaan nyanyian Allahyarham Siti Sarah yang juga anaknya di telefon bimbit.

Lagu yang dimuatkan dalam album pertama Siti Sarah pada 2002 ini membawa kenangan tersendiri apabila meledakkan namanya di persada industri nyanyian tanah air.

Kejayaan ini terhasil menerusi kerja keras Raissuddin yang sering membawa Siti Sarah menyertai pelbagai pertandingan nyanyian sehinggalah diambil sebagai penyanyi rakaman sebelum mencipta populariti.

Siti Sarah meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) , jam 5.13 pagi 9 Ogos lalu akibat Covid-19.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!